Pejabat AI Kebangsaan mula beroperasi November ini - Gobind
Iklan
Gobind Singh
KUALA LUMPUR - Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation akan mula beroperasi November ini, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
"Semasa mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, kita telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan pejabat AI kebangsaan ini.
Iklan
Iklan
"Diharapkan pejabat ini akan beroperasi pada bulan November nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat baru SAS Institute Sdn Bhd di Menara IQ di Tun Razak Exchange, di sini, hari ini.
Gobind berkata, salah satu fokus utama Pejabat AI kebangsaan adalah untuk merangka ekosistem yang memastikan Malaysia boleh menjadi hab AI di rantau ini.
Iklan
"Ini termasuk menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia untuk melihat Malaysia sebagai destinasi utama dalam pusat data dan ekosistem berkaitan.
"Kita melihat kepentingan teknologi baharu dan keperluan untuk mempersiapkan negara kita untuk teknologi ini. Dengan penubuhan pejabat AI kebangsaan ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kita menjadi peneraju dalam bidang ini di peringkat global," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>