PM sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan petang ini
Iklan
Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 4.30 petang ini.
Kira-kira 7,000 tetamu termasuk penjawat awam, pesara dan veteran serta badan bukan kerajaan dijangka memeriahkan program itu yang diterajui Kementerian Perpaduan Negara bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi baharu.
Iklan
Iklan
Acara itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan selain menerusi Facebook rasmi Perdana Menteri.
Sebelum ini, Setiausaha Bahagian Pembangunan Masyarakat Kementerian Perpaduan Negara, Zaimy Shaari berkata, majlis itu turut diserikan dengan reruai yang menunjukkan kepelbagaian Malaysia serta acara selingan seperti kupasan penceritaan mengenai wira tidak didendang.
Iklan
Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka akan berlangsung di Dataran Putrajaya, esok.
Acara gilang-gemilang itu menyajikan perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan.
Iklan
Sementara itu, Anwar dalam hantarannya menerusi platform Instagram hari ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan semangat Madani Jiwa Merdeka! - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>