Potong gaji tangani cukai pintu tertunggak
Iklan
Aminuddin Ayiub
JOHOR BAHRU- Isu cukai pintu tertunggak di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dapat diselesaikan menerusi pemotongan gaji oleh pemilik premis.
Ahli Majlis MBJB, Aminuddin Ayiub berkata, cadangan yang diutarakan itu sewajarnya dimulakan oleh MBJB supaya dapat dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri tersebut.
Iklan
Iklan
"Apabila MBJB memulakan langkah ini, saya rasa semua PBT lain boleh menggunakan konsep ini. Kaedah seperti ini telah digunakan di Singapura dan saya kira ia boleh dipraktikkan di bawah pemerintahan kerajaan kita.
"Langkah ini akan dapat mengatasi masalah isu pembayaran cukai yang tertunggak yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat,” katanya dalam ucapan penutupan Mesyuarat Penuh MBJB Bilangan 1 Tahun 2020, di sini.
Iklan
Tambahnya, beliau akan membawa cadangan itu kepada mesyuarat pengurusan MBJB dan cadangan tersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor lain termasuk soal perundangan dan sebagainya.
"Saya rasa perkara ini tiada masalah, cuma perlu mendapat kebenaran daripada pemilik premis untuk membuat pemotongan gaji. Saya berpendapat, ia dapat memudahkan semua pihak," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>