Polis cari suspek samun kedai runcit
Iklan
Rakaman video yang tular menunjukkan suspek menyerang pemilik premis.
BAGAN SERAI - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit berhampiran Pasar Awam Bagan Serai sepertimana video tular di media sosial semalam.
Lelaki dipercayai warga Indonesia itu dikesan memasuki kedai berkenaan seorang diri sekitar jam 7.06 pagi dengan bersenjatakan pisau, menggunakan penutup muka dan memakai topi besbol.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 66 tahun berseorangan di dalam kedai dan sedang bersiap untuk memulakan perniagaan.
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu, suspek menyerang mangsa dari arah belakang dengan meletakkan pisau di leher.
Iklan
"Mangsa cuba untuk melawan tetapi tidak berjaya, suspek itu kemudiannya membuka laci kaunter dan mengambil wang dianggarkan sebanyak RM400.
"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Iklan
Beliau berkata, tiada saksi bebas ketika kejadian, namun usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Mangsa mengesyaki suspek warga Indonesia berdasarkan bahasa digunakan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang"><meta itemprop="description" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang
Penduduk Kampung Bawong, Sungai Siput dilanda kebimbangan dan trauma susulan kejadian seorang lelaki maut diserang harimau ketika mencari hasil hutan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tok Batin Orang Asli Kampung Bawong, Jeffridi Abas berkata, kejadian itu merupakan insiden pertama seumpamanya berlaku di kampung berkenaan sepanjang hampir 13 tahun beliau memegang jawatan sebagai ketua masyarakat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805370/edisi/perak/insiden-serangan-harimau-penduduk-takut-gesa-tindakan-segera-elak-kejadian-berulang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesseranganharimau #SungaiSiput"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T02:00:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby6sty"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby6sty"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby6sty"></script>