Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

Iklan
Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam wanita bagi menangani penularan wabak koronavirus. - Foto Getty Images

KUALA LUMPUR - Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia melaporkan sebanyak 1,982 kes koronavirus baharu dilaporkan berlaku di 31 wilayah di negara itu sehingga semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedutaan itu hari ini, sebanyak 157 kes dikategorikan teruk dengan 43 kematian baharu melibatkan 42 kes di Hubei dan satu di Heilongjiang.

Iklan
Iklan

Katanya, sebanyak 4,812 kes dilaporkan dengan 47 kes berjaya ditangani.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga jam 12 tengah malam tadi, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan sebanyak 9,692 kes telah disahkan dengan 213 kes kematian.

Iklan

Dalam pada itu, seramai 171 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pemulihan.

Pada masa ini, 113,579 kontak dikesan dengan 4,201 orang dibebaskan manakala 102,427 lagi kini sedang dipantau rapi.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global