Laporan akhir nahas Elmina boleh diakses bermula hari ini - MOT
Iklan
Laporan akhir mengenai siasatan kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos tahun lepas telah disiapkan dan boleh diakses bermula hari ini.
PUTRAJAYA - Laporan akhir mengenai siasatan kemalangan udara yang melibatkan pesawat N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos tahun lepas telah disiapkan dan boleh diakses bermula hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah menyiapkan laporan akhir nahas pesawat dan ia boleh dimuat turun di https://www.mot.gov.my/en/AAIB/report/a05-23.
Iklan
Iklan
Selaras dengan komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan akauntabiliti, laporan akhir yang merangkumi kenyataan fakta dan penemuan terperinci daripada siasatan BSKU telah diterbitkan dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13).
Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang, mengorbankan 10 nyawa iaitu lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan) serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
Iklan
MOT merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa.
"Kementerian Pengangkutan juga menghargai usaha gigih BSKU dan bertekad untuk meningkatkan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro tersebut,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>