Teknologi perlindungan perisian hasad lindungi bank daripada penipuan kewangan
Iklan
BANK-bank di Malaysia mula menerapkan teknologi perlindungan daripada perisian hasad ke dalam aplikasi perbankan mudah alih masing-masing sebagai sebahagian usaha bersepadu untuk melindungi pelanggan daripada penipuan kewangan. Gambar hiasan
BANK-bank di Malaysia mula menerapkan teknologi perlindungan daripada perisian hasad ke dalam aplikasi perbankan mudah alih masing-masing sebagai sebahagian usaha bersepadu untuk melindungi pelanggan daripada penipuan kewangan.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) serta Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menjelaskan, langkah keselamatan pencegahan oleh kalangan ahli itu boleh mengesan perisian hasad berisiko tinggi dalam situasi seperti fail APK berniat jahat.
Iklan
Iklan
Kedua-dua pihak juga menambah, teknologi itu dapat membantu mengesan aplikasi berniat jahat atau fungsi yang mencurigakan dengan bertindak sebagai pengawal digital yang berhati-hati, yang akhirnya memberi amaran atau menghentikan pelanggan daripada melakukan aktiviti perbankan pada peranti yang terjejas.
Inisiatif itu dibangunkan berdasarkan langkah awal dari Julai 2023, termasuk menggantikan OTP SMS dengan kaedah yang lebih selamat dan mewujudkan saluran aduan khusus, tambah ABM dan AIBIM.
Iklan
Sementara itu, Pengerusi ABM Datuk Khairussaleh Ramli berkata, inisiatif itu menunjukkan satu langkah penting dalam usaha kerjasama mereka.
"Kami mengutamakan privasi pelanggan, oleh itu perlindungan daripada perisian hasad hanya diaktifkan apabila pelanggan menggunakan aplikasi perbankan mudah alih dan tidak berfungsi secara berterusan.
Iklan
"Kami mahu memberi jaminan kepada pelanggan bahawa maklumat perbankan dan data peribadi mereka kekal sulit dan dilindungi,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>