Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Iklan
KUALA LUMPUR- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS yang lebih lemah hari ini ketika para pelabur menunggu keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah serta laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.
Setakat 6 petang ini, ringgit disebut harga pada 4.0790/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0870 sewaktu ditutup, semalam.
Iklan
Iklan
Seorang penganalisis berkata pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed dijangkakan mengekalkan sasaran lingkungan dana persekutuan pada 1.50 peratus sehingga 1.75 peratus tanpa melakukan sebarang perubahan besar-besaran walaupun wujud kebimbangan berhubung penularan koronavirus berkenaan.
Menyentuh prestasi minyak, beliau berkata harga bahan api itu meningkat semula selepas mengalami penyusutan ketara semalam, didorong oleh pengeluaran yang lebih rendah di Amerika Syarikat.
Iklan
"Ini menamatkan kejatuhan harga selama lima hari berikutan kebimbangan bahawa permintaan minyak akan terjejas akibat peningkatan kebimbangan mengenai penularan koronavirus itu," katanya.
Setakat petang ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global berada pada AS$59.27 setong daripada AS$58.05 setong, semalam.
Iklan
Sementara itu ringgit turut mengukuh berbanding kelompok mata wang lain.
Unit tempatan itu mengukuh kepada 2.9979/9012 berbanding dolar Singapura daripada 3.0052/0076 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7408/7446 daripada 3.7526/7557 pada Selasa.
Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.4869/4918 daripada 4.4985/5035 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3076/3131 daripada 5.3210/3258, semalam.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>