PRK Nenggiri: Dakwaan guna kenderaan kerajaan untuk kempen BN akan disiasat
Iklan
Program Temu Mata Warga Kesedar Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.
GUA MUSANG - Kerajaan akan menyiasat dakwaan kenderaan milik kerajaan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) digunakan untuk kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun meminta pihak yang membuat dakwaan itu mengemukakan bukti.
Iklan
Iklan
"Mereka boleh memberi bukti bagi memudahkan siasatan dan jika benar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengambil tindakan.
"Jangan hanya tuduh kita. Bagaimana dengan kerajaan Kelantan, saya pasti ada," katanya.
Iklan
Hantaran Annuar Musa di Facebook yang mendakwa kenderaan kerajaan diguna untuk aktiviti parti.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Mata bersama warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) pada Jumaat.
Sebelum ini, Pengarah Operasi PRK Nenggiri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebook miliknya mendakwa kenderaan kerajaan digunakan untuk aktiviti berkempen di PRK Nenggiri.
Iklan
Melalui gambar yang dimuat naik itu juga, Annuar memaklumkan tindakan itu sengaja melanggar undang-undang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>