Kerajaan lihat keperluan lanjut tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Iklan
Rafizi Ramli (tengah) ketika Sesi Dialog Menteri Ekonomi Bersama Peserta pada Program "Town Hall" Projek Rintis Dasar Gaji Progresif di Renaissance Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melihat keperluan memanjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) daripada 12 bulan kepada 24 bulan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
Iklan
Iklan
"Projek rintis ini adalah untuk kita tengok bagaimana sistem ini beroperasi serta maklum balas yang kita boleh dapat.
"Kita mahu memastikan keluk pembelajaran yang kita letakkan dalam pendekatan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya dalam sesi dialog awam Dasar Gaji Progresif di sini pada Selasa.
Iklan
Sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP bermula Jun lepas termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.
Pembayaran insentif kepada majikan dijangka pada Oktober depan apabila majikan mengemukakan tuntutan yang memenuhi syarat ditetapkan.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, majikan tidak sepatutnya melihat Dasar Gaji Progresif sebagai menambah beban kos kepada mereka.
Iklan
Beliau berkata dasar itu bertujuan mempercepatkan peningkatan kemahiran pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana.
"Mereka (pekerja berkemahiran) akan dapat mengendalikan perkara yang rumit untuk mencipta nilai (kepada syarikat)," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>