Ringgit akhiri kenaikan, ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada jam 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4725/4770 berbanding dolar AS daripada 4.4240/4305 semalam. Foto hiasan
RINGGIT merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat semula.
Pada jam 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4725/4770 berbanding dolar AS daripada 4.4240/4305 semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat bahawa pasaran kewangan global masih belum stabil berikutan kebimbangan mengenai potensi kemelesetan yang akan terus menjadi tumpuan.
"Mungkin terdapat kecenderungan untuk permintaan terhadap dolar AS meningkat berikutan peniaga mencari kestabilan dalam mata wang selamat.
Iklan
"Pada masa ini, ringgit akan berada hampir kepada paras halangan pada 4.4960 berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) yang akan menyebabkan permintaan tinggi untuk dolar AS,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, walaupun tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.0879/0914 daripada 3.1067/1117 pada Isnin.
Iklan
Ia merosot berbanding pound kepada 5.6837/6894 daripada 5.6379/6462 dan rendah berbanding euro kepada 4.8799/8849 daripada 4.8434/8505 sebelum ini.
Begitu juga, mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3694/3730 daripada 3.3485/3536 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.5848/6024 daripada 12.5528/5791 sebelum ini.
Ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 276.6/277.1 daripada 273.2/273.7 pada Isnin dan turun berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.75 daripada 7.64/7.66. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>