Kantoi cuba seludup sotong kering
Iklan
ALOR SETAR - Cubaan menyeludup keluar 40 kilogram (kg) sotong kering ke Thailand gagal apabila kegiatan itu berjaya 'dihidu' Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Bukit Kayu Hitam di sini pada 21 Januari lalu.
Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, pihaknya dengan kerjasama anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pemeriksaan di laluan kereta kompleks tersebut kira-kira jam 7.30 malam dan menemui empat kotak sotong kering dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran Thailand.