BINTANG skuasy muda negara, Aira Azman mempertahankan gelaran juara kategori wanita Kejuaraan Skuasy Kebangsaan 2024 selepas menewaskan kakaknya, Aifa di Kompleks Sukan Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Ahad.
Pada pertarungan final antara adik-beradik itu, Aira selaku penyandang juara memerlukan 29 minit untuk menewaskan Aifa, 11-7, 11-5, 10-12, 11-5 sekali gus muncul juara buat dua edisi berturut-turut.