Budak 12 tahun pandu kereta: Polis siasat bawah Akta Kanak-Kanak
Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta di kawasan perumahan di Taman Putra Impiana, Puchong, baru-baru ini.
SEPANG - Siasatan kes kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong turut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Sebelum ini, polis turut menyiasat kes itu di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
"Setakat ini tujuh individu termasuk bapa kanak-kanak berusia 53 tahun itu telah direkod keterangan.
Iklan
"Siasatan masih dijalankan dan ada beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan satu rakaman video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya berusia empat dan enam tahun.
Iklan
Siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Ahad lalu.
Susulan itu, polis telah mengenal pasti pemilik kereta terbabit sebelum tampil ke IPD Sepang kira-kira jam 11 malam pada Isnin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>