Terima kasih atas sokongan anda!
Iklan
Kehadiran ribuan pengunjung menjadi bukti bahawa Sinar Harian kekal sebagai jenama media dipercayai rakyat negara ini.
SHAH ALAM - Penganjuran Karnival Rakyat Karangkraf 2024 tidak akan berjaya tanpa pembaca setia Sinar Harian serta pelbagai pihak yang menyokong produk keluaran Kumpulan Karangkraf selama ini.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, kehadiran ribuan pengunjung sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung menjadi bukti bahawa Sinar Harian kekal sebagai jenama media dipercayai rakyat negara ini.
Iklan
Iklan
"Penganjuran karnival ini turut mengambarkan 18 tahun perjalanan Sinar Harian bertransformasi seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak rakyat Malaysia,” katanya pada Isnin.
NIK JUSTIN
Jelasnya, karnival itu juga dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada orang ramai yang menjadikan portal dan media sosial Sinar Harian sebagai sumber berita setiap hari.
Iklan
"Sekalung penghargaan kepada semua rakan strategik, penaja, pempamer dan agensi kerajaan yang telah bersama kami pada karnival ini.
"Tidak lupa juga syabas dan tahniah kepada semua tenaga kerja Karnival Rakyat Karangkraf yang telah bertungkus lumus memastikan penganjuran setiap acaranya tersusun dan berjalan lancar,” ujarnya,
Iklan
Nik Justin yang turut mewakili warga kerja Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang memberi sokongan dengan hadir dan menyertai pelbagai acara sepanjang karnival berlangsung.
"Semoga karnival ini akan terus menjadi penghubung antara rakyat dan Karangkraf dengan objektif utamanya membentuk kebersamaan masyarakat berbilang bangsa dengan slogan tulus dan telus,” ulasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>