PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelawak veteran tersohor Sathia Periasamy, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Sathiya, yang diserang penyakit angin ahmar.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelawak berkenaan di kediamannya baru-baru ini.