Ops Tanglung sita balak RM40,000
Iklan
Sebahagian balak yang berjaya dirampas JPNT dalam Ops Tanglung yang digerakkan dengan kerjasama PDRM. - Foto Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
KUALA NERUS - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) menyita pelbagai jenis kayu balak bernilai RM40,000 dalam Ops Tanglung yang digerakkan jabatan itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan aktiviti tebangan dan pencerobohan haram bermula 23 Januari dan berakhir semalam.
Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, hasil balak dipercayai dicuri oleh sindiket pembalakan haram itu ditemui di Hutan Simpan Hulu Besut berdasarkan maklumat awam serta risikan yang dilakukan jabatan tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, antara jenis pokok balak yang ditebang adalah spesies kaum damar seperti jenis meranti, keruing, balau dan juga pelbagai spesies daripada jenis bukan damar.
"Aktiviti haram ini melibatkan lokasi di Kompartmen 84 dan 86 Hutan Simpan Hulu Besut. Berdasarkan semakan dan pemeriksaan, kita dapati pokok balak yang ditebang itu telah dipotong atau dikatam untuk dijadikan balak pendek bersaiz 4 dan 8 kaki.
Iklan
"Sebahagiannya belum sempat dibawa keluar dan masih berada di dalam kawasan hutan simpan berkenaan. Namun terdapat beberapa tual kayu balak yang dipotong sudah dibawa keluar.
"Sebahagian tual kayu itu dijumpai dilonggokkan dalam ladang sawit kerana gagal dibawa keluar untuk dipasarkan setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) jabatan itu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu di Dewan Besar, JPNT, Batu Enam, Kuala Nerus hari ini.
Iklan
Menurut Muhamad, pihaknya percaya tual balak bersaiz pendek tersebut akan dijual di kilang pemprosesan kerja kayu untuk penghasilan dan pembuatan kayu pallet atau lain-lain kegunaan kerja kayu dan perabot berikutan terdapat beberapa kilang kategori tersebut yang beroperasi di kawasan berhampiran dan juga di sekitar daerah Besut.
Beliau berkata, hanya kayu balak dan jentera berat seperti jengkaut yang ditinggalkan penceroboh dirampas manakala individu terlibat dalam pencerobohan dan penebangan haram itu berjaya melarikan diri.
"Ops Tanglung ini dirancang dan dilaksanakan JPNT dengan kerjasama PDRM sempena cuti panjang semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina.
"Kita akan meneruskan operasi sebegini bagi memastikan operasi penguatkuasaan, pemantauan serta kawalan ke atas sumber dan hasil hutan dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan berkesan setiap masa," katanya.
Pada tahun lepas, JPNT merekodkan 31 kes pembalakan haram yang disiasat mengikut Seksyen 15, Seksyen 40 dan Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dengan 20 individu ditahan dan tiga darinya sudah didakwa di mahkamah.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor