Aktivis Yahudi seru Malaysia terus berjuang untuk Palestin
Iklan
Beribu-ribu rakyat Palestin yang melarikan diri berikutan arahan pemindahan sementara oleh tentera Israel ke bahagian Khan Yunis, termasuk zon kemanusiaan Al-Mawasi, tiba di kawasan lain di bandar selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
PETALING JAYA - Aktivis Yahudi Amerika Syarikat (AS), Rabai Yisroel Dovid Weiss menyeru agar Malaysia terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin sehingga mereka mendapatkan semula tanah mereka yang telah diduduki selama beberapa dekad.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi perbincangan khas di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia di sini pada Selasa, Weiss berkata, beliau amat gembira dengan sokongan rakyat Malaysia yang berdiri teguh mempertahankan rakyat Palestin.
Iklan
Iklan
"Ia (Israel) dilarang mengikut agama Yahudi dan ia adalah jenayah kerana ia tidak boleh diterima walaupun satu inci untuk menduduki Palestin,” kata Weiss yang juga jurucakap kumpulan agama sedunia Neturei Karta, sebuah kumpulan anti-Zionis.
"Dalam 76 tahun kewujudan negara (Israel), mereka (Zionis) telah bertindak bertentangan dengan ajaran Yahudi, bertentangan dengan (kitab suci) Taurat dan hanya menyamar sebagai agama.
Iklan
"Rabai di seluruh dunia sentiasa berkata bahawa mereka (Zionis) tidak mempunyai hak untuk mewujudkan negara Israel dan tidak hak untuk apa yang mereka lakukan di Gaza,” katanya.
Oleh itu, dunia harus berjuang untuk gencatan senjata serta pembubaran segera negara Israel, kata aktivis itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>