SHAH ALAM - Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, henti tugas sementara itu membabitkan LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.