KKM teliti beberapa perkara sebelum RUU Perubatan 2024 dilaksana
Iklan
Dr Dzulkefly (tengah) pada gimik pengumuman Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) masih perlu membuat penelitian terhadap beberapa perkara berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 sebelum ia dilaksanakan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, antara perkara berkaitan yang perlu diteliti termasuk permohonan empat graduan perintis program pembedahan kardiotoraks untuk mendaftar sebagai pakar dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR) dan empat kelulusan yang belum dimasukkan ke dalam Jadual 4 RUU berkenaan.
Iklan
Iklan
"Saya dan timbalan akan bentangkan pindaan akta di Dewan Negara minggu ini, dan kami komited untuk menyelesaikannya dengan segera.
"Kita tidak dapat memberi jawapan jangkaan masa bila ia (pindaan) akan dilaksanakan. Bagaimanapun, sebaik sahaja kami tahu apakah garis waktunya, kita akan berikan kepada media...” katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik Pengurangan Risiko Kardiovaskular (CRRC) di Institut Jantung Negara di sini pada Isnin.
Iklan
Media sebelum ini melaporkan, Majlis Perubatan Malaysia (MMC) telah menolak permohonan empat graduan perintis program pembedahan kardiotoraks untuk mendaftar sebagai pakar dalam NSR.
Laporan tersebut menyebut, penolakan itu atas dasar majlis berkenaan tidak mengiktiraf Fellowship Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh dalam kelayakan Pembedahan Kardiotorasik.
Iklan
Sementara itu, Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>