'Jauhi sifat menyerang antara satu sama lain' - Tengku Zafrul
Iklan
Tengku Zafrul ketika majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada Ahad. Foto Instagram @tzafrul_aziz
SHAH ALAM - Ahli UMNO dinasihatkan untuk kekal bersatu padu dan jauhi sifat serang-menyerang antara satu sama lain.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, setiap ahli parti perlu menggunakan platform yang ada sebaik mungkin jika ingin mengkritik sesuatu perkara dan pastikan ia bersifat membina, bukan membinasakan.
Iklan
Iklan
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, sudah tiba masanya untuk UMNO bangkit dan memperkukuhkan parti kerana rakyat sedang menilai.
"Saya sentuh kepentingan UMNO bersatu padu dan jauhi sifat hendak menyerang sesama sendiri.
Iklan
"Sudah tiba masanya kita kuatkan UMNO kerana rakyat sedang menilai kita," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).
Iklan
Untuk rekod, UMNO Lembah Pantai merupakan platform politik yang memperkenalkan Tengku Zafrul sebagai ahli parti pada 1998.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>