PEMANAH recurve negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi optimis kem memanah mampu menjelmakan sekurang-kurangnya satu pingat biarpun tampil berstatus bukan pilihan di Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet berusia 19 tahun itu berkata, bagi sukan memanah setiap atlet hanya akan bersaing dengan diri sendiri dalam usaha mengawal emosi dan taktik bidikan untuk memburu podium di Paris.