Yadim selar baca Qunut Nazilah, guna agama dalam kesempitan
Iklan
Laporan Sinar Harian.
SHAH ALAM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyelar tindakan ahli Parlimen pembangkang yang membaca Qunut Nazilah di Parlimen setelah salah seorang ahlinya digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama enam bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin berkata, yayasan berkenaan menzahirkan rasa kekecewaan susulan perbuatan menggunakan agama dalam setiap kesempatan politik walaupun sudah ditegur berkali-kali oleh pihak berkuasa agama.
Iklan
Iklan
"Ia jelas merupakan amalan melampau kerana perbezaan politik terus dijadikan asas untuk membacakan doa berkenaan. Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah besar.
"Hal ini sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa berkenaan apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat baginda,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan bacaan Qunut Nazilah untuk mendoakan kehancuran seteru politik sebagai amalan ekstremis dan pelampau.
Tegas beliau, tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang membacakan doa tersebut di Dewan Rakyat selepas penggantungan enam bulan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal harus ditolak oleh rakyat yang cintakan keamanan.
Iklan
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayshal menafikannya sebaliknya berkata, bacaan ditujukan kepada penyokong genocide seperti BlackRock.
Mengulas mengenai bacaan Qunut Nazilah di Dewan Rakyat, Zamri berkata, ia dibacakan di luar perbuatan solat, bukan ketika perang bukan yang menimpa umat Islam secara umum.
"Menyamakan perseteruan politik dengan amalan Rasulullah SAW ketika menghadapi musuh-musuh Islam jelas menunjukkan amalan politik taksub, sempit dan melampau,” ujarnya.
Justeru, beliau menggesa agar ahli politik menunjukkan budi pekerti terpuji apabila berada di Dewan Rakyat kerana mereka menggalas tanggungjawab menunjukkan contoh baik kepada masyarakat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>