100 tiket taman tema untuk dimenangi!
Iklan
Sebanyak 100 tiket Taman Tema Berjaya Times Square akan diberikan kepada pengunjung bertuah sempena Karnival Rakyat Karangkraf.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 100 tiket Taman Tema Berjaya Times Square akan diberikan kepada pengunjung bertuah sempena Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 sehingga 28 Julai ini di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini.
Pengarah projeknya, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, setiap orang yang hadir berpeluang menerima hadiah tersebut dengan mendaftarkan kehadiran semasa karnival berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setiap tiket yang dimenangi itu sah selama tiga bulan bermula tarikh hadiah diterima dan dapat menikmati 13 permainan utama tanpa had yang terdapat di taman tema tertutup terbesar di Malaysia.
"Cabutan bertuah untuk 100 tiket taman tema ini akan berlangsung tiga hari iaitu pada Jumaat jam 12.45 tengah hari manakala Sabtu dan Ahad pula ada dua sesi iaitu pada jam 12.30 tengah hari dan 5 petang.
Iklan
"Jadi, setiap pengunjung yang hadir ke Karnival Rakyat Karangkraf ini memang berpeluang untuk memenangi tiket tersebut.
"Hanya datang, daftar melalui QR kod dan terus layak untuk cabutan bertuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Karnival Rakyat Karangkraf akan bermula dari jam 9 pagi hingga 7 petang yang mana penganjurannya adalah bersempena ulang tahun Sinar Harian ke-18.
Nik Justin memaklumkan pihaknya berbesar hati menerima kolaborasi bersama Taman Tema Berjaya Time Square buat pertama kali dan mengharapkan kerjasama itu akan berterusan.
Sementara itu, Pengurus Kanan, Peruncitan dan Pemasaran Taman Tema Berjaya Times Square, Licia Khaw berkata, kerjasama tersebut sebagai bukti dalam menunjukkan sokongan kepada program tempatan.
Ujarnya, ia perlu direalisasikan supaya semua pengunjung Karnival Rakyat Karangkraf berpeluang menikmati aktiviti di Taman Tema Berjaya Times Square.
"Melalui program ini juga kami ingin menonjolkan beberapa aktiviti yang menarik dan menyeronokkan di Taman Tema Berjaya Times Square sekali gus mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat.
"Kami ingin mempersembahkan siri taman tema ini sebagai destinasi utama untuk pengembaraan dengan pelbagai aktiviti dan tradisi yang berbeza untuk pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>