Pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Iklan
SHAH ALAM - Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh berada dalam keadaan selamat setakat pukul 4 petang Jumaat, menurut laporan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, terdapat 95 pelajar Malaysia di negara itu dan dua daripadanya telah meninggalkan Dhaka baru-baru ini dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi.
Iklan
Iklan
Katanya, usaha sedang dilakukan untuk membawa pulang empat pelajar dari Kolej Perubatan Mymensingh ke Malaysia manakala sekumpulan pelajar telah dipindahkan ke penginapan sementara.
"Selain itu perkhidmatan internet di Bangladesh mengalami gangguan meluas, tetapi perkhidmatan telefon dan SMS masih beroperasi.
Iklan
"Ahli keluarga terdekat pelajar Malaysia di Dhaka boleh menghubungi Bilik Perhubungan Kementerian Luar Negeri di +603 8887 4570," ujar kenyataan itu pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu pelajar Bangladesh berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018.
Iklan
Susulan itu, negara berkenaan mengumumkan penutupan semua universiti awam dan swasta mulai semalam ekoran demonstrasi semakin memuncak minggu ini.
Tambah kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi juga sedang berkomunikasi dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di kawasan yang terjejas.
"Kementerian Luar Negeri terus menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh untuk mengelakkan kawasan protes, kekal berwaspada, dan mematuhi nasihat keselamatan serta kemas kini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Semua pihak diminta untuk kekal tenang dan bertindak berhemah sementara Suruhanjaya Tinggi berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kawasan tersebut," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>