‘Saya tak diberi peluang bela diri’ - Wan Ahmad Fayhsal
Iklan
Wan Fayhsal (kiri) bersama sebahagian daripada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
SHAH ALAM - Penggantungan selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal disifatkan sebagai satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara.
Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan, beliau langsung tidak diberi peluang untuk membela diri sewaktu usul terhadapnya dibuat.
Iklan
Iklan
"Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.
"Insya-ALLAH, rakan-rakan seperjuangan saya akan terus berjuang dan bersuara demi kepentingan rakyat di Dewan yang mulia ini. Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Iklan
Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan selepas undi belah bahagi tidak berpihak kepadanya.
Usul tersebut dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said susulan dakwaan Wan Ahmad Fayshal mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Iklan
Beliau berbuat demikian semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan Tahun 2022 pada 1 Julai lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, berdasarkan undian, seramai 110 ahli Parlimen bersetuju dengan usul berkenaan, manakala 63 lagi tidak bersetuju sementara tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.