PUTRAJAYA - Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035, yang dapat memberi keberhasilan tuntas kepada pembangunan negara, bukan sahaja dari sudut ekonomi Bumiputera tetapi manfaat kepada pembangunan negara secara holistik, akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera pada minggu hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif dan strategi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam pelan itu, telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan) Majlis Ekonomi Bumiputera (JPMEB), yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.