'Dapatan dalam laporan PAC untuk perbaiki tadbir urus universiti' - Zambry
Iklan
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Foto Bernama
CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alu cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) agar mempertimbangkan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebarang dapatan dalam laporan PAC adalah untuk memperbaiki tadbir urus universiti.
Iklan
Iklan
"Kita alu-alukan kerana paling mustahak ialah sebarang dapatan yang ada dalam laporan PAC itu bertujuan untuk memperbaiki tadbir urus universiti tertakluk kepada laporan itu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar sempena majlis penyerahan surat tawaran Sky Global Apprenticeship Programme kepada 20 mahasiswa di sini pada Selasa.
Iklan
Pada Isnin, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, KPT disaran untuk mempertimbangkan pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024.
Garis panduan tersebut dilihat baik untuk digunapakai oleh universiti awam.
Iklan
Sementara itu, mengulas mengenai Program Sky Global Apprenticeship, Zambry berkata, seramai 30 mahasiswa universiti tempatan terpilih untuk ke Angkara, Turkiye selama tiga minggu untuk didedahkan secara terus di dalam industri aeroangkasa.
"Ini selaras dengan dasar KPT iaitu pendekatan bukan hanya berdasarkan pembelajaran di kampus semata-mata," katanya.
Jelas beliau, inisiatif tersebut sebagai langkah mempersiapkan mahasiswa dalam menghadapi cabaran lebih luas dan terbuka kerana mereka memerlukan perspektif leboh global.
"Tempoh tiga minggu itu akan dikira sebagai jam kredit bagi subjek berkaitan," ujar Zambry.
Program Sky Global Apprenticeship merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi di bawah kerjasama antara Konsortium Universiti Malaysia (CMU), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT),
TUSAŞ Malaysia dan TUSAS Akademi (Turkiye) yang dimeterai pada 7 April tahun lalu.
Ia memberikan manfaat besar kepada negara dengan mengembangkan kemahiran kejuruteraan pelajar Malaysia melalui pengalaman kerja antarabangsa, meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam industri aeroangkasa, membina jaringan profesional antara Malaysia dan Turkiye dalam sektor aeroangkasa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>