Wan Azizah pengerusi mesyuarat bincang isu koronavirus

Iklan
Dr Wan Azizah (kanan) mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak koronavirus.

Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Iklan
Iklan

Dr Dzulkefly difahamkan akan membentangkan mengenai data dan status terkini mengenai wabak yang dipercayai berasal dari Wuhan, China pada mesyuarat berkenaan.

Setakat ini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Iklan

Selain itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilihat turut berada dalam bilik mesyuarat berkenaan. - Bernama

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menunjukkan bahan pembersih tangan sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

Iklan