Koronavirus: Angkasa batal lawatan kerja ke China

Iklan
Wabak ini mula dikesan di Wuhan awal Januari lalu.

PETALING JAYA - Delegasi Kepimpinan Tertinggi Badan Apeks Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) membatalkan lawatan kerja ke China berikutan penularan wabak koronavirus.

Angkasa dalam satu kenyataan berkata, pembatalan tersebut berikutan nasihat Kementerian Kesihatan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke China.

Iklan
Iklan

"International Cooperative Alliance Asia Pacific (ICAAP) telah merancang mengadakan Mesyuarat Malaysia Business Office (MBO) Council dan Seminar Sektor Inovasi dan Teknologi di Hainan, China pada 18 hingga 20 Februari depan yang akan melibatkan kepimpinan tertinggi Badan Apeks Koperasi daripada Malaysia, China, Jepun dan Korea.

"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada International Cooperative Alliance AsiaPasific (ICA-AP) menangguhkan dan mesyuarat serta seminar sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya hari ini.

Iklan
Iklan

Angkasa dijangka diketuai oleh Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah sebagai Pengerusi Malaysia Business Office (MBO) Council.