Strategi bersepadu kerajaan, Bank Negara bantu kukuh ringgit
Iklan
Amir Hamzah
TUMPAT - Strategi bersepadu dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia dilihat usaha yang memperkukuhkan prestasi ringgit ke kedudukan mata wang kedua terbaik di Asia.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sehingga Khamis lalu, ringgit berada di kedudukan pertama antara negara serantau dengan peningkatan sekitar dua peratus.
"Strategi bersepadu Kerajaan Madani antara Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia memperlihatkan prestasi ringgit semakin mengukuh.
Iklan
"Sehingga 11 Julai, ringgit berada di kedudukan pertama antara negara serantau dengan peningkatan sekitar dua peratus, manakala purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat ke AS$17.6 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Kementerian Kewangan (MoF) ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.
Iklan
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long.
Amir Hamzah berkata, pada Sabtu, ringgit berada sekitar 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70.
Beliau mengulas antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik ke Malaysia.
"Kerajaan meningkatkan interaksi dengan pengeksport untuk menukar hasil mereka kepada ringgit, memantau penukaran hasil eksport dan import, memperkukuhkan ekonomi tempatan dan meneruskan reformasi fiskal yang dijanjikan.
"Selain itu, dengan usaha bersepadu dan pengurusan fiskal yang efisien serta berdisiplin, prestasi mata wang pada tempoh separuh kedua tahun ini diyakini akan bertambah baik,” katanya.
Pada Jumaat lalu, akhbar melaporkan ringgit muncul sebagai mata wang kedua berprestasi terbaik di rantau Asia apabila mengalami penyusutan sederhana sebanyak 1.56 peratus berbanding dolar AS mengikuti rapat di belakang rupee India yang merosot sebanyak 0.37 peratus berbanding mata wang AS.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>