Dasar Keusahawanan Negara dilancar suku kedua 2019
Iklan
Mohd Redzuan Md Yusof
KUALA LUMPUR – Dasar Keusahawanan Negara akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, dasar tersebut akan merangkumi beberapa teras dalam Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) seperti mewujudkan ruang dan peluang untuk semua usahawan.
Iklan
Iklan
"Kita menyasarkan beberapa perkara termasuk mewujudkan peluang sebanyak sejuta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
"Dasar ini dijangka dapat meningkatkan sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 41 peratus menjelang 2020,berbanding ketika ini cuma 37 peratus,” katanya ketika ditemui media selepas majlis sepetang bersama Pak Wan di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.
Iklan
Mohd Redzuan bagaimanapun mengakui cabaran untuk melaksanakan Dasar Keusahawanan Negara ini sangat besar namun, beliau percaya NEF dapat membantu mencapai sasaran seperti diharapkan.
Dalam majlis tersebut, hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd. Hatta Ramli dan Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Iklan
Majlis yang dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MED dengan agensi media di negara ini dihadiri kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>