Koronavirus: Rakyat Malaysia di Wuhan selamat
Iklan
GEORGETOWN - Rakyat Malaysia di Wuhan, China yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dan ekspatriat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada wabak koronavirus.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, pihak kedutaan Malaysia di China sentiasa memantau keadaan rakyat negara ini yang menetap di sana dan terus menyalurkan maklumat berkaitan.