KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini disarankan agar melakukan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit khususnya koronavirus yang sedang menular ketika ini.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh berhubung pengurusan jenazah terhadap mangsa koronavirus dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga wabak koronavirus dapat disisihkan dari Malaysia.
"Tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad wajar menerima pujian," katanya dalam ciapan Twitter @drzul_albakri hari ini.
Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata, kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak itu yang tersebar melalui pelbagai medium.
ARTIKEL BERKAITAN Tiga warga China dirawat di Sungai Buloh positif koronavirus