Padah buat aksi 'willy'

Iklan
Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan kerana melakukan aksi ‘willy’ semasa menunggang motosikal di sekitar Jalan Perumahan Awam Bukit Pinang semalam.

ALOR SETAR - Aksi dua remaja melakukan aksi ‘willy’ semasa menunggang motosikal membawa padah apabila mereka ditahan polis di sekitar Jalan Perumahan Awam Bukit Pinang di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Chuah Seong Lim berkata, mereka ditahan pada jam 6.30 petang dalam pemantauan aktiviti samseng jalanan di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketika pemantauan itu, seorang remaja yang menunggang sebuah motosikal dilihat sedang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikal bersama seorang pembonceng dan aksi itu dilakukan berulang kali.

"Susulan itu, mereka yang masing-masing berusia 16 tahun ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Bahagian Trafik Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Sementara itu di Sik, dua remaja masing-masing berusia 17 dan 19 tahun pula ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Merbau Kudung dari Lampu Isyarat Beris Jaya sehingga Marbau Kudung pada Khamis lepas selepas didapati melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat roda hadapan beberapa kali di lokasi berkenaan," katanya.

Seong Lim berkata, pihaknya mengeluarkan saman dan merampas tiga motosikal melalui dua operasi dilakukan Unit Risikan Operasi Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Pengangkutan (JPST) Kedah itu.

Iklan

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya juga mengeluarkan 14 saman melibatkan kesalahan topi keledar (empat), bawah 26 tahun (4)cermin sisi (3) dan nombor pendaftaran (3) dalam dua operasi tersebut.