KANGAR - Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung Tok Pulau dekat sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata, bagaimanapun pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an bersama anak mereka terselamat namun wanita dan anak itu didapati tidak sedarkan diri ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian.