Diskaun 10 peratus tol BESRAYA, NPE dan LEKAS
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol 10 peratus bagi kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendaliannya sempena perayaan Tahun Baru Cina hari ini.
Diskaun tol itu melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) (Plaza Tol Pantai Dalam dan PJS 5) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) (Plaza Tol Ampangan).
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam ini sehingga jam jam 11.59 malam esok.
"Pemberian diskaun ini adalah sebagai inisiatif tanggungjawab korporat sempena perayaan Tahun Baru Cina bagi pengguna lebuh raya yang ingin mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Pada masa sama Wan Salwani turut menyarankan pengguna yang ingin menuju ke selatan menggunakan Lebuhraya LEKAS sementara ke pantai timur pula boleh menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).
Untuk merancang perjalanan lebih baik, pengguna lebuh raya boleh mengikuti Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan @LEKAStrafik. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyelar pihak yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas mengenai beliau berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM).
Menurut beliau, sebarang perkara berbangkit atau tuduhan perlu disemak untuk mengetahui kebenaran bagi memberi keadilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800395/berita/nasional/kontroversi-isu-new-age-movementnbsptidak-adil-hukum-saya-hanya-berdasarkan-cerita-sebelah-pihak---marhamah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #NewAgeMovement"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-14T03:45:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmwjgu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmwjgu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmwjgu"></script>