Shangri-La bersihkan bilik didiami pesakit koronavirus
Iklan
SINGAPURA - Shangri-La dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya sudah membersihkan bilik yang didiami oleh pesakit pertama disahkan positif koronavirus di Rasa Sentosa Resort and Spa.
Menurut Naib Presiden bagi Operasi Shangri-La di Asia Tenggara dan Australasia, Josef Dolp berkata, pesakit pertama itu menetap di hotel itu bersama keluarganya bermula 20 Januari lalu.