MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Iklan
Laporan Sinar Harian. Nigel (kanan).
SHAH ALAM - MATTA sedia bekerjasama dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan pihak berkuasa lain yang berkaitan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelancongan negara sekali gus memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan tersebut.
Presidennya, Nigel Wong berkata, kerjasama itu melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian jangka panjang dan mampan untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
Iklan
Iklan
"Kami menggesa MOTAC mengambil sikap dan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab.
"Tindakan segelintir individu atau organisasi yang tidak bertanggungjawab tidak sepatutnya memburukkan reputasi keseluruhan industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Iklan
Pada Sabtu, dua orang maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China dilaporkan terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa yang maut merupakan dua penumpang lelaki dipercayai warga China.
Iklan
Dalam pada itu, ujar Nigel, peristiwa kemalangan baru-baru ini menekankan keperluan penting dari segi waspada dan akauntabiliti dalam sektor pengangkutan.
"MATTA komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan pelancong dan menggesa agar ketat langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi kejadian tersebut,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>