KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), berhubung insiden seorang pengarah syarikat pekerja asing yang mendakwa dipukul pegawai imigresen, semasa ditahan dalam operasi penguatkuasaan jabatan itu baru-baru ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, dalam masa sama jabatan itu sedang menunggu laporan lengkap daripada Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seterusnya akan meneliti dakwaan tersebut.