Maqis rampas ikan hiasan bernilai RM51,400
Iklan
BUKIT KAYU HITAM - Cubaan seorang lelaki membawa keluar ikan hiasan bernilai RM51,400 ke Thailand terbantut apabila dikesan anggota penguat kuasa di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind berkata, 66 ekor ikan hiasan itu dikesan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam pemeriksaan yang dilakukan di laluan kereta ICQS sekitar jam 1.30 tengah hari, Isnin lalu.