Hidupan laut diancam tekanan
Iklan
Batu karang adalah asas yang membentuk terumbu karang. Gambar hiasan (Gambar kecil: Chun Hong)
SHAH ALAM - Kelunturan terumbu karang boleh menyebabkan hidupan laut lain terutama juvenil haiwan (hidupan laut belum dewasa) yang hidup di dalamnya mengalami tekanan kerana terdedah kepada pemangsa.
Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Tan Chun Hong berkata, kajian menunjukkan kadar kematian ikan yang hidup dalam terumbu karang lebih tinggi sekiranya berada di dalam batu karang yang mengalami kelunturan.
Iklan
Iklan
"Selepas batu karang mati, secara tidak langsung haiwan-haiwan marin turut kehilangan habitat mereka.
"Ia juga menyebabkan kesan negatif jangka masa panjang kepada ekosistem marin serta sumber perikanan di negara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Iklan
Ditanya mengenai sifat hidupan laut itu, Chun Hong berkata, batu karang merupakan sejenis haiwan sesil yang tumbuh di kawasan laut cetek dan mempunyai toleransi terhadap suhu air yang sangat kecil.
Ujarnya, perubahan sekurang-kurangnya hanya 2 darjah Celsius turut akan memberikan tekanan kepada hidupan laut tersebut.
Iklan
"Batu karang adalah asas yang membentuk terumbu karang. Satu hidupan laut yang besar dan sihat terhasil daripada pelbagai jenis batu karang yang berusia ratusan tahun.
"Tumbesaran batu karang sangat lambat. Jika tiada sebarang bentuk ancaman ia boleh hidup beratus tahun tetapi bergantung kepada jenis dan persekitaran mereka,” tambahnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>