KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Iklan
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil diingatkan supaya kekal di landasannya sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan susulan terlampau mengempar-gempurkan pengumuman berhubung penurunan harga telur, baru-baru ini.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respon baik sebaliknya, menjadi bahan ejekan di media sosial.
Iklan
Iklan
"Sepatutnya pengumuman ini adalah berita yang bagus, mendapat sokongan rakyat, meningkatkan sokongan terhadap kerajaan dan juga PMX.
"Saya dah cakap banyak kali, Fahmi kekal dalam landasan. Tidak perlu umum segala benda dalam dunia ini,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap pada Khamis.
Iklan
Pada Sabtu, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan.
Pada Isnin, Anwar dalam kenyataan berkata, kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.
Iklan
Menurut beliau, penurunan itu menyaksikan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin.
Ujar Khairy, pengumuman Fahmi mengenai penurunan harga telur ayam 3 sen sebiji itu seolah-olah memberi isyarat kepada rakyat bahawa ia sesuatu perkara sangat besar.
"Memang ada kesan, memang ia membantu tetapi tidak ada besar sangat. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan sebab bantu tetapi ia tidaklah satu pengumuman yang gah,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.