Pamer tanda harga, jangan kelirukan pengguna - CAP
Iklan
CAP menggesa KPDN menguatkuasakan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan dijual.(Gambar hiasan) Foto 123rf (Gambar kecil: Mohideen)
GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan dijual.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, melalui tinjauan dibuat mendapati ketidakpatuhan yang meluas terhadap keperluan ini dalam kalangan peniaga termasuk gerai makanan, pasar basah, pasar malam, restoran dan kedai runcit.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesalahan utama dikenal pasti ialah gerai yang menjual makanan dan minuman tanpa sebarang tanda harga yang boleh dilihat.
Selain itu, katanya ia diikuti dengan restoran yang sama ada tidak mengemas kini harga mereka atau memberikan maklumat mengelirukan kepada pengguna.
Iklan
"Ketiadaan tanda harga yang telus ini sering menyebabkan pengguna dikenakan bayaran berlebihan kerana tidak mempunyai senarai harga yang didokumenkan untuk dirujuk apabila berlaku pertikaian berhubung bil mereka.
"Tambahan pula, kenaikan harga diesel baru-baru ini berpotensi membawa kepada kos makanan yang lebih tinggi, menjadikannya lebih penting bagi pengguna untuk dimaklumkan mengenai harga lebih awal," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.
Iklan
Mohideen berkata, di bawah Akta Kawalan Harga, menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli dimaklumkan mengenai harga.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan penguatkuasaan yang tidak mencukupi, menjejaskan keberkesanan pelaksanaan undang-undang.
"Oleh sebab itu, kami menggesa agar pihak Kementerian mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973.
"Kami juga menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat dan pendakwaan terhadap semua pesalah demi menjaga hak pengguna dan memastikan amalan perdagangan yang adil," tambahnya lagi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>