Malaysia mula prosedur sertai BRICS
Iklan
Anwar
SHAH ALAM - Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai kesatuan ekonomi dipelopori oleh negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai BRICS tidak lama lagi.
Memetik laporan NEWS.AZ, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah mengambil keputusan yang sewajarnya berhubung perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Kami akan melancarkan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami sedang menunggu keputusan akhir, maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan," katanya dalam temu bual bersama Guancha, syarikat penerbitan berpangkalan di Shanghai, China.
Kumpulan BRICS telah menyaksikan dua gelombang pengembangan sejak kemunculannya pada 2006.
Iklan
Pada 2011, Afrika Selatan termasuk Brazil, Rusia, India dan China merupakan peserta asal menyertai BRIC.
Bagaimanapun, pada Ogos 2023, enam ahli baharu, termasuk Argentina telah dijemput untuk menyertai persatuan itu, Buenos Aires menukar fikirannya pada akhir Disember tahun lalu.
Iklan
Lima ahli baharu, Mesir, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Ethiopia secara rasmi menyertai kumpulan itu pada 1 Januari 2024.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>