SEPANG - Kuota rasmi Haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1441 Hijrah) meningkat kepada 31,600 berbanding 30,200 jemaah tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, penambahan kuota 1,400 orang itu adalah hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring dengan peningkatan populasi penduduk negara ini.