KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu
Iklan
KWSP menyaksikan 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta. Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.
Menurut KWSP, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.1 juta tenaga buruh Malaysia.
Iklan
Iklan
"Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 20,080 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 608,433.
"Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM25.83 bilion pada suku pertama 2023 kepada RM29.13 bilion pada suku pertama 2024,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Pada suku yang dikaji, KWSP juga mengekalkan nisbah ahli aktif dengan tidak aktif pada 53:47 pada suku pertama 2024, selaras dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, dengan 8.6 juta ahli aktif daripada jumlah keseluruhan keahlian sebanyak 16.1 juta.
"Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dalam sektor informal dan pekerja gig mendapat liputan perlindungan sosial, KWSP terus memperluaskan liputan i-Saraan bagi membolehkan pekerja dalam sektor informal atau tanpa pendapatan tetap untuk menyimpan dengan KWSP demi persaraan mereka, di samping menerima insentif kerajaan.
Iklan
"Sepanjang suku pertama 2024, i-Saraan merekodkan pendaftaran baharu sebanyak 146,171, seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan keahlian i-Saraan meningkat 43.9 peratus kepada 1.4 juta, daripada 997,659 pada suku tahun yang sama tahun lepas,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang memilih untuk menyimpan dengan KWSP dan ahli semasa yang membuat caruman sukarela, menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan disokong oleh dasar Malaysia MADANI yang kukuh.
"KWSP akan terus meningkatkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan dan jangkaan yang semakin berkembang daripada ahli dan majikan serta membina prestasi portfolionya berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) jangka panjangnya,” katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>