Beban politik zaman Pak Lah berisiko hantui Anwar
Iklan
Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang. Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil dari kiri: Mohd Azmir, Ahmad Fauzi)
SHAH ALAM - Beberapa pemerhati politik tempatan memberi amaran Kerajaan Perpaduan berisiko mengulangi nasib kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan keputusan penyelarasan subsidi diesel berkuat kuasa pada Isnin.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Azmir Mohd Nizah berkata, kerajaan BN pimpinan Abdullah atau lebih dikenali Pak Lah terbukti berdepan kemerosotan sokongan rakyat sangat teruk pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) tahun 2008, setelah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter dan RM1 bagi seliter diesel.