Tiada keperluan kerajaan gubal undang-undang baharu
Iklan
Rais Yatim
SEREMBAN - Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat tiada keperluan untuk kerajaan menggubal undang-undang baharu yang bertujuan untuk melindungi kesucian institusi diraja negara.
Beliau berkata institusi diraja negara telah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Hasutan 1948.
Iklan
Iklan
"Kita dah ada Akta Hasutan dan di situ dinyatakan adalah menjadi kesalahan jika mencerca raja, hakim dan sebagainya. Di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan peruntukan itu dah ada. Kenapa sampai hari ini tidak diambil tindakan dan nak tunggu undang-undang baharu.
"Yang kedua ialah dalam Perlembagaan Malaysia khasnya Perkara 181, Perkara 38, Perkara 32 dan Perkara 42 semuanya di situ telah (dinyatakan mengenai) memperkasakan insitusi diraja. Persoalan saya ialah kerana kita sangat lemah dari segi penguatkuasaan... ini kunci dia.
Iklan
"Kita tak cekap menggunakan penguatkuasaan sebab itu kita diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Persatuan Minang Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang dipetik sebagai berkata undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab.
Iklan
Rais berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang dipetik sebagai berkata undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab.
Liew berkata pindaan akan turut dibuat pada undang-undang sedia ada bagi tujuan yang sama.
Mengambil contoh Thailand yang amat tegas dalam penguatkuasaan terhadap mereka yang menghina institusi diraja, beliau mahu tindakan serupa diambil oleh kerajaan.
"Saya berpendapat undang-undang baharu tidak perlu... buktikan dulu kita cekap jalankan tugas dan tanggungjawab di bawah undang-undang yang sedia ada peruntukannya berhubung dengan menyerang dan memperkecilkan Yang di-Pertuan Agong sudah ada dalam Kanun Keseksaan, kenapa tak dilihat itu dahulu.
"Kenapa tiba-tiba nak buat undang-undang baharu sedangkan sekarang kita sudah ada lebih kurang 987 undang-undang utama,” katanya.
Dr Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata meskipun kenyataannya tidak sealiran dengan kerajaan, namun ia bukanlah bermaksud beliau mahu menjadikan dirinya popular.
"Saya bukan nak jadi popular tetapi saya ada sedikit ilmu (perundangan),” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu berkata adalah tidak menjadi kesalahan untuk rakyat memberi teguran kepada institusi diraja namun perlulah berhemah dan tidak menghina. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>