Kekurangan pemangkin, ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS kerana pelabur kekal di luar pasaran berikutan kekurangan pemangkin.
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS kerana pelabur kekal di luar pasaran berikutan kekurangan pemangkin.
Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.7200/7250 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7210/7250 pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS kekal di atas 105 mata menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung malam ini.
"Selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS dikeluarkan mata wang AS kekal di kedudukan hadapan kerana Rizab Persekutuan (Fed) dilihat mengekalkan pendirian dasar monetorinya yang ketat berbanding di Eropah.
Iklan
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0025/0059 daripada 3.0089/0117 pada penutupan Isnin, merosot berbanding pound Britain kepada 6.0071/6.0135 daripada 5.9943/9993 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0801/0855 daipada 5.0722/0765.
Iklan
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit merosot berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 ketika ditutup semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4878/4917 berbanding 3.4875/4907 sebelumnya.
Ia juga jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/290.3 daripada 289.9/290.3 sebelumnya dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.8299/8481 daripada 12.8211/8372 ketika ditutup pada Isnin. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>